MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH
Melahirkan Generasi Pemimpin yang Faham dan Menghayati Al-Quran
“Melahirkan Generasi Pemimpin yang Faham dan Menghayati Al-Quran"
Al-FATEH
Institusi pembangunan generasi masa depan
Maahad Tahfiz Al-Fateh (AL-FATEH) merupakan sebuah institusi tahfiz yang berwawasan untuk melahirkan Huffaz Berkepimpinan .
AL-FATEH menitikberatkan pembangunan generasi pemimpin masa depan melalui pelbagai program khas yang disusun rapi bagi membina 12 ciri-ciri Susuk Tubuh Pemimpin yang telah digariskan.
Dengan keutamaan dalam pendidikan agama dan akademik, AL-FATEH menawarkan sistem hafazan yang terbukti berkesan dan menyeluruh. Hafazan Al-Quran adalah asas kepada kecemerlangan Rohani pelajar di samping persediaan akademi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain itu, AL-FATEH juga menghidupkan pembelajaran sukan sunnah seperti berkuda, memanah dan berenang. Pelajar-pelajar dilatih mempertahankan diri dengan pembelajaran Silat Hang Tuah.
Pelbagai Kelas
Menawarkan kelas hafazan al-Quran, hadis, fardhu ain dan akademik dengan menggunapakai sistem hafazan yang berpaksikan ulangan yang banyak secara bersistemetik dan metodologi terkini
Syakhsiah pelajar
Mengutamakan pembentukan syakhsiah pelajar melalui sistem tarbiah yang bersepadu.
Tenaga pengajar
Menyediakan tenaga pelajar yang hafiz Al-Quran,berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan akademik serta mesra pelajar
Kewangan Operasi
Berusaha memiliki kewangan operasi kendiri melalui projek keusahawanan
Kemudahan
Berusaha untuk memiliki kemudahan sebagai pusat latihan pendakwah agar dapat melahirkan para pendakwah pada masa depan.
AL- FATEH
Aktiviti & Program Pelajar
Program pelajar yang disusun ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran pelajar, menguatkan stamina dan membentuk disiplin kendiri.
Usrah Mingguan
Usrah Mingguan
Usrah dalam kumpulan kecik dikelola Murabbi (guru) mesra remaja



Kuliah Mingguan
Kuliah Mingguan
Pengisian ilmu secara santai dengan tajuk pilihan




Daurah Bulanan
Daurah Bulanan
Sesi pembelajaran secara mendalam tentang topik berkaitan ilmu agama, pengetahuan am dan hubungan antarabangsa




Mabit Berkala
Mabit Berkala
Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT) berobjektif meningkatkan keimanan serta menguatkan jiwa melalui amalan qiamullail




Perkhemahan Tahunan
Perkhemahan Tahunan
Aktiviti lasak melatih jiwa kental, lasak dan mampu berdikari di dalam hutan



AL- FATEH
Apakah keunikan Maahad Tahfiz Al-Fateh?
Menanam nilai kepimpinan sejak awal melalui didikan Al- Quran
Hafalan & Bacaan
Menghafal Ayat Menggunakan Teknik Ulangan 60x dan Bacaan Bertajwid. Peserta menghabiskan bacaan 30 Juz dalam masa 3 bulan merangkumi latihan Makhraj, Mad & Dengung sebelum memulakan hafalan.
Pemahaman al-Quran
Pengukuhan pada bahasa Al-Quran mengikut kaedah pusar Ustaz Rusdi Alias. Fokus pada pembendaharaan kata yang susah mengikut juzuk hafalan.
Pembelajaran Diniyyah
Menguasai ilmu Fardhu ain yang lebih berfokus pada pemahaman asas-asas fiqh dan tasawwur Islam berpandukan silibus buku teks pendidikan Islam dan tajwid yang telah disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aktiviti Kokurikulum
Diantara aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah berkuda, memanah, silat, dan berenang,
Pembelajaran Di Maahad Tahfiz Al-Fateh
001
Indoor
- Hafazan Al-Quran
- Bahasa Arab
- Fardhu Ain
- Program-program motivasi dll.
002
Outdoor
- Silat Hang Tuah
- Berkuda
- Memanah
- Futsal / bola sepak dll.
003
Lain-lain
- Usrah (indoor&outdoor)