KEMPEN
Tajaan Pelajar Asnaf

Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH) merupakan sebuah institusi pendidikan yang komited menjalankan projek pembinaan generasi muda yang faham dan menghayati Al-Quran. Atas dasar cita-citanya yang besar tersebut, ALFATEH berusaha menyediakan sistem pendidikan tahfiz menyeluruh serta berkualiti yang merangkumi semua aspek, iaitu dari sudut hafazan, akademik tahfiz, ko-kurikulum, tarbiah diri dan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
ALFATEH dibarisi guru-guru yang berkualiti, berkelayakan dan kebanyakannya merupakan graduan lepasan universiti Timur Tengah. ALFATEH memiliki perancangan ko-kurikulum yang bermodul dan mendapat latihan guru bertauliah, kelas penyediaan SPM dan lain-lain lagi merupakan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Namun, terdapat cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahfiz iaitu walaupun mereka memiliki semangat yang tinggi untuk meneruskan cita-cita membina diri dan menimba ilmu di ALFATEH, akan tetapi mereka tidak mampu untuk menanggung pembiayaan kos pengajian. Oleh hal yang demikian, mereka amat memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos pengajian di ALFATEH. Justeru, projek ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga pelajar sekaligus memberikan kesempatan kepada pelajar-pelajar ini untuk mengejar kecemerlangan bersama-sama tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.Β
Oleh itu, pihak ALFATEH berhasrat untuk menjalankan Projek Tajaan Pelajar bagi membantu bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan keluarganya dalam perjalanan untuk menjadi bakal pendakwah masyarakat yang bakal membangunkan ilmu di kampung halaman mereka.
Projek Tajaan Pelajar Asnaf ini menyasarkan penajaan penuh selama 5 tahun pengajian. Pelajar-pelajar ini semestinya akan melalui proses temuduga yang ketat terlebih dahulu untuk dinilai potensi dan kemahiran sebelum diserap menjadi pelajar ALFATEH.
Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi bagi pelajar tajaan:
- Kurang berkemampuan
- Berkepimpinan
- Cerdik
- Rekod baik
- Lasak
- Bersedia berjauhan dengan keluarga bagi menghabiskan tempoh pengajian
Setakat ini, kami di Maahad Tahfiz Al-Fateh memerlukan dana untuk menampung perbelanjaan berikut:
- Dana Pendidikan iaitu meliputi Yuran Pengajian, Buku Bahasa Arab, Buku LATU, Buku Nota dan SPM bermula tingkatan 4 dan 5
- Dana Keperluan Asas iaitu meliputi Tiket Kapal Terbang ke balik ke negeri asal dua kali setahun, Seragam sekolah dan belanja poket
- Dana Kokurikulum iaitu meliputi sukan berkuda dan persalinan silat
INI KISAH KEJAYAAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL FATEH YANG BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN
Alhamdulillah, Pelajar AL-FATEH ke Jordan!
“Cuba bayangkan, satu kebaikan kecil dari kita, boleh mengubah nasib seseorang,”Β
Ikuti kisah Ustaz Yassir di sini yang merupakan salah satu bukti yang jelas bahawa tajaan dari sumbangan dari hati yang murni, telah membuka jalan baginya untuk belajar di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali dan KINI BERJAYA UNTUK BERBAKTI DI BUMI SENDIRI.
Ustaz Yassir membuktikan, dengan sokongan dari kita semua, banyak hal luar biasa yang boleh terjadi. Kisahnya bukan hanya tentang dirinya sahaja, tetapi tentang bagaimana satu tajaan pendidikan boleh memberi kesan yang besar kepada masyarakat dan masa depan.
“DARI AL FATEH KESEANTERO DUNIA”
TAJA PELAJAR ASNAF MELALUI TABUNG PENDIDIKAN
Tabung Pendidikan RM1000
Tabung Pendidikan RM100
Tabung PendidikanΒ RM50
Tabung Pendidikan RM30
ATAUΒ
POTONGAN SEKALI SEBULAN MINIMAL SETAHUN (SENANGPAY)
RM 150
RM 100
RM 50
RM 10
β Untuk menyokong tajaan ini, anda boleh berkongsi rezeki pada nombor akaun berikut:
Agro Bank Maahad Tahfiz Al-Fateh
1005481000077483
(Rujukan: TajaanPelajar)
β Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi no talian yang berikut:
+6017-4724352
(Pegawai Dana Al-Fateh)
AYUH KITA BANTU MEREKA UNTUK MEREKA MENERUSKAN PEMBELAJARAN DI MAAHAD TAHFIZ AL FATEH INI.Β
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya di antara
hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya).
Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya,
dan Dia la juga sebaik-baik pemberi rezeki”
(QS, Saba:39)