KENALI KAMI

Melahirkan Generasi Pemimpin yang Faham dan Menghayati Al-Quran

Institusi tahfiz yang berwawasan untuk melahirkan Huffaz Berkepimpinan yang sejahtera rohani dan jasmaninya.

Sejak bermulanya pada Januari 2018

Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH) merupakan sebuah institusi tahfiz yang berwawasan untuk melahirkan Huffaz Berkepimpinan. ALFATEH telah berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan nombor pendaftaran JLD.8(59)BZH5024. Maahad Tahfiz Al-Fateh dibangunkan di dalam Kompleks Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu di atas tanah wakaf 24 ekar yang diuruskan secara terancang.

Pengambilan pertama pelajar bermula pada tahun 2018 di sebuah bangunan sementara iaitu Ontok-Ontok Chalet bagi kemasukan pelajar lelaki seramai 30 orang dan telah memulakan sesi pembelajaran pada Januari 2018. Pada tahun 2024, ALFATEH mempunyai seramai 84 orang pelajar lelaki yang berumur 13 tahun hingga ke 17 tahun.

AL-FATEH menitikberatkan pembangunan generasi pemimpin masa depan melalui pelbagai program khas yang disusun rapi bagi membentuk 12 ciri-ciri Pemimpin Budiman. ALFATEH menggabungkan pendidikan agama, akademik, sukan, serta pelbagai kemahiran lain dalam proses pembentukan diri para pelajarnya. ALFATEH menawarkan program pembelajaran SPM yang selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta program kesinambungan ke institusi pendidikan tempatan dan luar negara.

Melahirkan Generasi Huffaz yang Faham dan Menghayati Al-Quran

Menitikberatkan Pembinaan Syakhsiah Diri Bersepadu

Memiliki Kemudahan Sebagai Pusat Latihan Pendakwah

VISI

Institusi Tarbiah Holistik yang Melahirkan Generasi Pemimpin Beramal dengan Al-Quran

MISI

Objektif Maahad Tahfiz Al-Fateh

Halatuju Maahad Tahfiz Al-Fateh

KENALI JPS

Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) merupakan barisan pengurusan tertinggi yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelia, dan memastikan kelancaran pentadbiran serta pembangunan Maahad Tahfiz Al- Fateh.

سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Fateh serta semua para penyumbang yang bersama dalam proses pembangunan Maahad Tahfiz Al-Fateh.

Maahad Tahfiz Al-Fateh memberi penekanan kepada tiga perkara utama sejak penubuhannya. Pertama, pada hafazan yang mantap. Kedua, pada pemahaman terhadap ayat al-Quran. Ketiga, pada tarbiah pelajar.

Dengan keutamaan dalam pendidikan agama dan akademik, Maahad Tahfiz Al-Fateh menawarkan sistem hafazan yang cukup berkesan dan menyeluruh. Kami percaya bahawa hafazan al-Quran adalah asas kepada kecemerlangan rohani pelajar. Dalam masa yang sama kami menekankan tentang pentingnya memahami ayat-ayat al-Quran yang dihafaz oleh pelajar dengan mempelajari secara khusus mata pelajaran tafsir al-Quran. Ini kerana tujuan membaca dan menghafaz al-Quran adalah mentadabburkan ayat-ayatnya.

Selain itu, kami juga menghidupkan pembelajaran sukan sunnah seperti berkuda, memanah, dan berenang. Pelajar-pelajar dilatih mempertahankan diri dengan belajar silat Hang Tuah. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi spiritual, emosi, intelektual dan jasmani, serta memupuk kecintaan kepada sunnah Rasulullah SAW. Moga Allah menerima segala usaha dan pengorbanan dari semua pihak yang terlibat semenjak awal penubuhan Maahad Tahfiz Al-Fateh sehinggalah ke tahap perkembangannya di saat ini.

آمِيْن يَارَبَّ العَالَمِيْن

Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Alias

Penasihat Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) Maahad Tahfiz Al-Fateh bertekad untuk memastikan setiap pelajar yang dilahirkan dari sekolah ini mempunyai susuk tubuh pelajar Tahfiz yang boleh memimpin ummah.

Justeru itu, pihak JPS telah memperuntukkan lebih 10% daripada jumlah kos pengurusan pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk susuk tubuh pemimpin ummah bila mereka keluar dari Maahad Tahfiz Al-Fateh.

Selain daripada setiap pelajar akan menjalani modul aktiviti perkhemahan, berkuda, memanah, berenang dan bersilat, tenaga pendidik juga dipastikan melalui latihan mengajar yang sempurna supaya impian untuk melahirkan susuk tubuh pelajar yang dicita-citakan menjadi kenyataan.

Saya yakin infaq yang disumbangkan oleh masyarakat kepada sekolah ini mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah s.w.t kerana ianya bertujuan untuk melahirkan pelajar tahfiz yang memiliki Syaadah Ula yang akan memimpin ummah.

“KE ARAH TAHFIZ KEPIMPINAN”

Tuan Hj. Mohd Tahir bin Hamdan

Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh

PENTADBIRAN AKADEMIK

Jawatankuasa Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS)

Ustaz Ahmad Lutfi Bin Paridin

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ustaz Abdul Mun'im Afifi Abdul Hamid

Timbalan Pengetua & Guru Penolong Kanan Kurikulum Maahad Tahfiz Al-Fateh

Syed M. Firdaus Bin S. Ayob

Guru Penolong Kanan KO-Kurikulum Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ustaz Muhammad Bin Mohd Hasan

Guru Penolong kanan Dakwah & Rohani Mahaad Tahfiz Al-Fateh

Ustaz Miqdad Bin Fadzlan Shahidi

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh

Nadhiroh Binti M. Asri

Penyelia & Guru Hafazan Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ustazah Qatrul Aini Binti Ismail

Penyelia & Guru SPM Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ustazah Nurzawani binti Hurairah

Guru Hafazan

Cikgu Farah Adleen binzi Zakaria

Guru SPM

Ustaz Ahmad Shahir bin Shamsuddin

Guru Hafazan

Ustaz Ahmad Basiir bin Deraman

Guru Hafazan

Ustaz Abdullah Syahir bin Abdul Rahman

Penyelia Akademik Tahfiz & Guru Hafazan

Ustaz Muhammad Iqbal bin Mohd Anuar

Guru Hafazan

Ustazah Nabilah binti Mohammad Kusairi

Guru Hafazan

Pembangunan Pusat Latihan Tahfiz Bersepadu

Penubuhan awal Maahad Tahfiz Al-Fateh bermula dengan sebidang tanah wakaf berkeluasan 9 ekar di Batang Kali, Hulu Selangor. Tanah ini diwakafkan pada tahun 2015 oleh salah seorang murid Ustaz Haji Mohd Rusdi bin Alias dan keluarganya. Pada tahun 2016, bangunan Maahad Tahfiz Al-Fateh telah dibangunkan di atas tapak wakaf dan proses pembangunan (infrastruktur) masih berjalan sehingga kini bermodalkan sumbangan orang ramai. Kini,tanah wakaf telah berkembang daripada 9 ekar menjadi seluas 24 ekar.

Lokasi ALFATEH terletak di Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, 44300 Batang Kali, Selangor.

2023

Pembuatan sistem tapisan klorin air perigi

2022

Penambahbaikan padang beriadah

2021

Penambahbaikan jalan masuk

Scroll to Top