KENALI KAMI
Melahirkan Generasi Pemimpin yang Faham dan Menghayati Al-Quran
Institusi tahfiz yang berwawasan untuk melahirkan Huffaz Berkepimpinan yang sejahtera rohani dan jasmaninya.





Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH) merupakan sebuah institusi tahfiz yang berwawasan untuk melahirkan Huffaz Berkepimpinan. ALFATEH telah berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan nombor pendaftaran JLD.8(59)BZH5024. Maahad Tahfiz Al-Fateh dibangunkan di dalam Kompleks Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu di atas tanah wakaf 24 ekar yang diuruskan secara terancang.
Pengambilan pertama pelajar bermula pada tahun 2018 di sebuah bangunan sementara iaitu Ontok-Ontok Chalet bagi kemasukan pelajar lelaki seramai 30 orang dan telah memulakan sesi pembelajaran pada Januari 2018. Pada tahun 2024, ALFATEH mempunyai seramai 84 orang pelajar lelaki yang berumur 13 tahun hingga ke 17 tahun.
AL-FATEH menitikberatkan pembangunan generasi pemimpin masa depan melalui pelbagai program khas yang disusun rapi bagi membentuk 12 ciri-ciri Pemimpin Budiman. ALFATEH menggabungkan pendidikan agama, akademik, sukan, serta pelbagai kemahiran lain dalam proses pembentukan diri para pelajarnya.
ALFATEH menawarkan program pembelajaran SPM yang selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta program kesinambungan ke institusi pendidikan tempatan dan luar negara.
Melahirkan Generasi Huffaz yang Faham dan Menghayati Al-Quran
Menitikberatkan Pembinaan Syakhsiah Diri Bersepadu
Memiliki Kemudahan Sebagai Pusat Latihan Pendakwah
VISI
Institusi Tarbiah Holistik yang Melahirkan Generasi Pemimpin Beramal dengan Al-Quran
MISI
- Menekankan kualiti bacaan,hafalan & kefahaman yang mantap.
- Menggilap daya kepimpinan, kekuatan fizikal serta kemahiran dakwah nadi pembangunan umat.
- Membudayakan tarbiah yang sistematik & berimpak tinggi.
Objektif Maahad Tahfiz Al-Fateh
- Menginstitusikan sistem hafazan efektif serta praktis fardhu ain berkesan bagi menzahirkan huffaz dakwah.
- Membangunkan kekuatan rohani, intelektual, emosi, spiritual serta fizikal pelajar secara sistematik dan bersepadu.
- Melahirkan sahsiah pemimpin melalui latihan dan sistem pemantauan berkesan.
- Menyediakan pengurusan, prasarana dan tenaga kerja berkualiti tinggi untuk iklim pembelajaran terbaik.
- Memiliki sumber dan kendiri yang mampan.
- Pusat pembelajaran ini telah menawarkan program pembelajaran holistik dengan fokus pada kelas hafazan al-Quran, hadis, fardhu ain, dan aspek akademik. Dengan menerapkan sistem hafazan yang berasaskan ulangan secara sistematik dan metodologi terkini, pusat ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mencapai pemahaman yang mendalam.
- Tenaga pengajar yang terdiri daripada individu hafiz al-Quran dan berkelulusan dalam bidang pengajian Islam serta akademik, yang juga bersifat mesra pelajar, memainkan peranan penting dalam pembentukan syakhsiah melalui sistem tarbiah yang bersepadu.



Halatuju Maahad Tahfiz Al-Fateh
- Melahirkan pemimpin ummah dengan 12 ciri susuk tubuh yang digariskan melalui tarbiah dan disiplin diri sebagai persediaan pemimpin bagi menghadapi cabaran masa depan.
- Melahirkan pelajar yang menguasai hafazan dan ilmu bahasa al-Quran menggunakan kaedah PUSAR.
- Memiliki Pusat Latihan Dakwah yang komprehensif dan menjadi rujukan masyarakat setempat.
KENALI JPS
Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh
Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) merupakan barisan pengurusan tertinggi yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelia, dan memastikan kelancaran pentadbiran serta pembangunan Maahad Tahfiz Al- Fateh.

سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Fateh serta semua para penyumbang yang bersama dalam proses pembangunan Maahad Tahfiz Al-Fateh.
Maahad Tahfiz Al-Fateh memberi penekanan kepada tiga perkara utama sejak penubuhannya. Pertama, pada hafazan yang mantap. Kedua, pada pemahaman terhadap ayat al-Quran. Ketiga, pada tarbiah pelajar.
Dengan keutamaan dalam pendidikan agama dan akademik, Maahad Tahfiz Al-Fateh menawarkan sistem hafazan yang cukup berkesan dan menyeluruh. Kami percaya bahawa hafazan al-Quran adalah asas kepada kecemerlangan rohani pelajar. Dalam masa yang sama kami menekankan tentang pentingnya memahami ayat-ayat al-Quran yang dihafaz oleh pelajar dengan mempelajari secara khusus mata pelajaran tafsir al-Quran. Ini kerana tujuan membaca dan menghafaz al-Quran adalah mentadabburkan ayat-ayatnya.
Selain itu, kami juga menghidupkan pembelajaran sukan sunnah seperti berkuda, memanah, dan berenang. Pelajar-pelajar dilatih mempertahankan diri dengan belajar silat Hang Tuah. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi spiritual, emosi, intelektual dan jasmani, serta memupuk kecintaan kepada sunnah Rasulullah SAW. Moga Allah menerima segala usaha dan pengorbanan dari semua pihak yang terlibat semenjak awal penubuhan Maahad Tahfiz Al-Fateh sehinggalah ke tahap perkembangannya di saat ini.
آمِيْن يَارَبَّ العَالَمِيْن
Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Alias
Penasihat Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) Maahad Tahfiz Al-Fateh bertekad untuk memastikan setiap pelajar yang dilahirkan dari sekolah ini mempunyai susuk tubuh pelajar Tahfiz yang boleh memimpin ummah.
Justeru itu, pihak JPS telah memperuntukkan lebih 10% daripada jumlah kos pengurusan pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk susuk tubuh pemimpin ummah bila mereka keluar dari Maahad Tahfiz Al-Fateh.
Selain daripada setiap pelajar akan menjalani modul aktiviti perkhemahan, berkuda, memanah, berenang dan bersilat, tenaga pendidik juga dipastikan melalui latihan mengajar yang sempurna supaya impian untuk melahirkan susuk tubuh pelajar yang dicita-citakan menjadi kenyataan.
Saya yakin infaq yang disumbangkan oleh masyarakat kepada sekolah ini mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah s.w.t kerana ianya bertujuan untuk melahirkan pelajar tahfiz yang memiliki Syaadah Ula yang akan memimpin ummah.
“KE ARAH TAHFIZ KEPIMPINAN”
Tuan Hj. Mohd Tahir bin Hamdan
Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Fateh
PENTADBIRAN AKADEMIK
Jawatankuasa Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS)

Ustaz Ahmad Lutfi Bin Paridin
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh
Pencapaian
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar, Mesir
- Hafiz 30 Juzuk Al-Quran, Maahad Tahfiz Al-Islah
- Sanad Tilawah 30 juzuk Al-Quran Riwayat Hafs An Asim, Mesir
- Anugerah Tokoh Imam Syafie 2017 (pelajar terbaik Malaysia fakulti syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar)
Sumbangan
- Guru Kelas Pengajian Tilawah dan Tadabbur.
- Imam dan ceramah jemputan

Ustaz Abdul Mun'im Afifi Abdul Hamid
Timbalan Pengetua & Guru Penolong Kanan Kurikulum Maahad Tahfiz Al-Fateh

Ustaz Muhammad Bin Mohd Hasan
Guru Penolong kanan Dakwah & Rohani Mahaad Tahfiz Al-Fateh
Pencapaian
- Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Degree Kuliah Usuluddin, syukbah Tafsir wa Ulum Al-Qur’an
- Hafiz 30 Juzuk Al-Quran, Maahad Tahfiz Quran Hira' Jeram
- Pemegang Tauliah Mengajar Kuliah Umum (D1) dan pengajian berkitab (D2) oleh MAIS
- Sanad bacaan 30 Juzuk Riwayat Qiraat Imam 12
Sumbangan
- Imam dan ceramah jemputan

Ustaz Miqdad Bin Fadzlan Shahidi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh

Nadhiroh Binti M. Asri
Penyelia & Guru Hafazan Maahad Tahfiz Al-Fateh
Pencapaian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun)
- Hafizah 30 Juzuk Al-Quran, Maahad Tahfiz Al-Itqaan
- Pemenang (Top 10) "Itqan National Quranic Memorization Competition" Kategori Hafazan 30 Juzuk
- Mewakili Malaysia ke Pertandingan "11th International Hashemite Competition for Females of Holy Quran Recitation and Memorization" Kategori Hafazan 30 Juzuk, Jordan

Ustazah Nurzawani binti Hurairah
Guru Hafazan

Cikgu Farah Adleen binzi Zakaria
Guru SPM

Ustaz Ahmad Shahir bin Shamsuddin
Guru Hafazan

Ustaz Ahmad Basiir bin Deraman
Guru Hafazan

Ustaz Abdullah Syahir bin Abdul Rahman
Penyelia Akademik Tahfiz & Guru Hafazan

Ustaz Muhammad Iqbal bin Mohd Anuar
Guru Hafazan

Ustazah Nabilah binti Mohammad Kusairi
Guru Hafazan
Pembangunan Pusat Latihan Tahfiz Bersepadu
Penubuhan awal Maahad Tahfiz Al-Fateh bermula dengan sebidang tanah wakaf berkeluasan 9 ekar di Batang Kali, Hulu Selangor. Tanah ini diwakafkan pada tahun 2015 oleh salah seorang murid Ustaz Haji Mohd Rusdi bin Alias dan keluarganya. Pada tahun 2016, bangunan Maahad Tahfiz Al-Fateh telah dibangunkan di atas tapak wakaf dan proses pembangunan (infrastruktur) masih berjalan sehingga kini bermodalkan sumbangan orang ramai. Kini,tanah wakaf telah berkembang daripada 9 ekar menjadi seluas 24 ekar.
Lokasi ALFATEH terletak di Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, 44300 Batang Kali, Selangor.

2023
Pembuatan sistem tapisan klorin air perigi

2022
Penambahbaikan padang beriadah
